Friday, 26 August 2011

Salam
Hari ini macam aku rasa lega gila. Beberapa hari ini aku runsing memikirkan hal yang satu tu.
Gila tak gila, aku nak jadi isteri orang dalam umur 21 tahun. Memang la jodoh tu kita tak tahu bila ia muncul dan dengan siapa,tapi aku tak ready lagi. Banyak kekurangan diri.
Dengan masak tak tahu.Nak kasi makan apa ....
Dengan nak uruskan rumahtangga lagi..Diri sendiri pun tak terurus..
Dengan nak pergi kelas lagi..Aku nak belajar okay..Jasa mak abah pun tak terbalas.Ni dah nak cabut dari keluarga..


Aku percaya,Jodoh ajal dan pertemuan dah tertulis di Luh Mahfuz. Siapa pun dia aku terima seadanya.

semangat pasangan ni.HAHAHAHA


*gambar dari sini

Thursday, 25 August 2011

P O H O N petunjuk-MU

Ya Allah bantulah aku meleraikan ikatan yang tersimpul ni.
Berikanlah aku petunjuk Mu ,Ya Allah.
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala - galanya.
Hanya kepada-Mu ku berserah....

PERSOALAN

cintakah aku padanya?

boleh kah aku hidup dengan nya?

dapatkah aku menjalankan tanggungjawap aku?

dah bersediakah aku?

mampukah aku?

mampukah....!!

Wednesday, 24 August 2011

D O N 'T

Dont 
Easily
Falling
In
L.o.v.E
With
Me.

YOU will REGRET.

Sunday, 21 August 2011

R U M A H S E W A

Salam

Harini kitorang yang dah deal nak menyewa rumah di Seksyen 7 Shah Alam berkumpul dalam pukul 9 pagi .
 Owner datang dari Melaka, so kena la datang bayar deposit dan terima kunci rumah.
Aku datang lewat sikit dengan Mak Abah . Sebab mencari gak la tempat tu.
Kalau nak di ikutkan senang je, tapi bila dah masuk Seksyen lain nak patah balik cari Sek.7 memang tak la nak cepat.
So kami terlewat temujanji. Tapi tak apa, syukur sampai juga ke rumah yang bakal aku duduki sepanjang pengajianku di Uitm Shah Alam.
Nampaknya Azie dah sampai dulu dengan Zeti . Kitorang pun settlekan pasal deposit dan stampling mende entah. Total semua dia amek 3bulan sewa+1/2 bulan. Makan 3 riban jugak apa.. Gila Mahal gak la.Aku pun tak tahu sangat dunia menyewa ni macam mana.Kenapa Deposit mahal sangat. Rupanya nanti dia pulangkan bila kita nak keluar dari situ OOOoo..

So kitorang pun memulakan la tugas mencuci rumah. Syok oo maen air.. Aku amek tender Mencuci Jamban..Heehe. Suka pulak aku cuci . Tapi layan je la. Bukan susah pun. Dapat main air.. weee ;)

Selesai je semua, dalam pukul 1pm camtu, aku gerak balik dulu sebab mak dengan abah tak naik atas. Al maklum la mak aku tu tak kuat sangat kaki nak naek atas. Mungkin waktu aku pindah bulan depan baru dia gagahkan juga la kaki tu mendaki tangga.Oh Pengorbanan..

So far, memang okay tempat tu. Dekat Pusat Komersial, memang BEST la.. HAHA.. AYuton, Behave okay...Ingat Pesanan Emak Abah..

  • "Baek baek duduk bandar ni.."
  • "Jangan tak tentu hala..."
  • "Hati hati..."
  • "Bandar ni kakak. Elok elok la duduk sini.."
Insya Allah, dengan teguran rakan rakan dan Family aku harap hati aku berpaksi pada jalan yang di Redhai..Aminn

**Uissshh, tak sabar nak jalani hidup sebagai Pelajar yang penuh cabaran dan realiti hidup belajar sebenar..Huhu

Saturday, 20 August 2011

M i n i o n

Hello.
Minion In the House.

Minion as my background ..How cute he is.. ;)

Friday, 19 August 2011

B E L U M

Belum masanya untuk memberitahu dunia ayuton ada blog.

Biar kita explore dulu apa benda blog ni .

Walaupun ayuton agak ketinggalan zaman baru nak ada blog, tak apa la asal ada kan.

Banyak lagi yang perlu dipelajari.

Ikut resmi padi, makin berisi makin tunduk.

Jangan ikut tabiat lalang yang Tidak tetap Pendirian..

Sekian.

Tukar dan Tukar

Assalamualaikum. Salam 19 Ramadhan.

Okay, ayuton ada nak buat sedikit perubahan.
Mungkin ini adalah cara yang betul tanpa perlu berlindung siapakah yang berkata kata disebalik pena ini.

Jadilah diri sendiri.

Ya itu adalah motto yang sangat bagus untuk owner site ni.
Jadi mari kita bertukar menjadi yang real .
So saya AYuton Comel.. Whhaaaattt??? (fanatic of Minions)

Tuesday, 2 August 2011

Ramadhan 1432 Hijrah

Salam

| Selamat Berpuasa kawan kawan.

  Semoga kita mendapat rahmat dari Ilahi sempena kunjungan bulan yang penuh keberkatan ini