Apa pun tak boleh.
Aku sangat LEKA untuk membuat kerja.
Padahal esok ada quiz Linear Algebra.
Awak tu dah la failed tok 1st qz tu..
Aku sipi sipi nak lepas..
5.5/12.
kalau tak dapat 6.5/12.
Alasan sebab "bekecamuk"..
Ahh markah aku hilang kat situ je..
Untuk mencipta sesuatu blog yang hebat adakah anda memerlukan teknologi yang terkini seperti:
1.Kamera DSLR
2.Handphone mahal mahal seperti BlackBerry, Ipad, Ipod ..
3.Kena pandai menggunakan Adobe Photoshop untuk edit gambar.
4.Layout yang SUPER the BOOM! Kalau orang tengok.
5.Attract People supaya follow korang reramai.
6.Pandai berkata kata
7.Post gempak gempak kasi Hot supaya orang tak BOSAN.
8.Buat Kontrovesi yang orang akan jejak page korang.
Bagi aku tu semua tak penting. Ada kata orang buat blog ni sebab nak kejar FULUS semata mata $$*checheng checheng
Yang penting niat kita nak apa . Bukan kah sesuatu perbuatan kita bergantung pada niat. Contohnya korang berjalan sebab nak ke sesuatu tempat. Niat di situ untuk bergerak kan.* contoh tak berkaitan
Hahaha.
Senang cerita aku nak cakap Apa tujuan korang nak berbLog ni?
Adakah kerana :
1.ikut Trend kengkawan yang kenbanyakannya ada blog. Nak Try gak apa rasa ada Blog ni.
2.Ini bisnes ma, pintu rezeki cari makan sesuap nasi untuk keluarga.
3.Ini luahan rasa , nak cakap payah tak ada orang faham isi hati limpa hempedu korang tu. Jadi dengan blog korang dapat lah release tension semua bebanan tu.*kononnya.
4.Saje je nak ada account blog, pastu nak comment kat blog orang . Sengaja nak cari gaduh biar blogger tu berapi.kahkahkah.* ada gak ke orang camni
5.Isi tak ada, hanya nak ada pengalaman buat blog. Jadi bila kawan Tanya cakap lah yang aku ada blog, siapa kata aku tak ada blog. Cuma sekarang dah tak aktif.. *so apa point diwujudkan.
6.Aku nak gak jadi femes, orang kenal siapa empunya blog yang paling vogue ni. Paling koman pun Followers aku mesti cecah satu riban *Perghhh Impian..
Jadi , untuk Buat Blog ni mana satukah jawapan anda?
Aku ada seorang leader.
Dia nampak sempoi.
Rupanya dia ada sesuatu yang membuatkan aku TERUJA untuk mengetahui.
Aku pun tak la kenal dia sangat.
Tapi once kita nampak orang tu kita boleh tahu bukan bila terdetiknya hati itu yang berbunyi "tut tut tut"
OH jangan silap. Ini bukan perasaan Jatuh Cinta Tetiba bagai tu.
NOPE!
Ini merupakan sesuatu luahan isi lidah sahaja.
Cuma aku nak mention kat sini yang DIA Sangat sangat Berirama Syahdu.
Kadang kadang kata kata melambangkan rasa.
Jadi, Majulah Bahasa Demi Bangsa.Pish :))
Tu je la yang penting hidup kat Bandar ni. Aku dah habis berjimat dah..makan pun sitik-sitik ja.
Rm100 okay, cukup la tu ayuton tok 2 minggu. makan kasi sikit.tapi berkhasiat okay.
Yang ko pergi beli cekedis bebanyak tu apa pasal??
tapi duit tu la untuk top up...
untuk tambang bas...
untuk makan..
untuk beli cekedis..
untuk potostet bahan ilmiah(okay,ini jangan merungut plissss)
Aku ada penyelesaian.
kalau abah kasi rm100 /14 hari, lebih kurang aku kena spend RM7.1428 sehari...ceh macam boleh.makan pun dah bape
Ahhh ayuton..Pepandai la ko berjimat.
Sape suh ko tak apply PT.Rasakan.. Kau jangan nak susah kan mak abah. Apa yang diorg kasi ko terima je seadanya..
Tapi abah,emak..KAKAK nak moto kott...pliss..(merayu rayu guling guling tergolek...)
Okay, sabar kakak,sabar..Orang yang bersabar pasti akan dapat double. Mana tahu ada something kenderaan 4 roda ke..kikiki..aku nak sedapkan hati sendiri walaupun menunggu sehingga timbul ketuat ..erkk
Walaupun Perut ku di SITA, namun balik sahaja aku kat rumah Banting MEMANG aku pulun habis la...
Aku nampak kurus??yaahhh itu penangan Pen-YITA-an PERUT ku...sob3..
Sadis..
Aku terperasan yang background blog aku tak BEST !
Tengok la bila bila aku free, aku ubah la..Selagi ada rasa malas, terima je la kaler yang sedia ada ni eh Ayuton..
Terasa nak jugak apa yang orang lain ada.. Apa la ayuton ni, tak reti bersyukur dengan apa yang dia ada.
Okay, Alhamdulillah Ya Allah dengan rezeki dan kelebihan yang Kau berikan kepada hamba-Mu ini.
Hari ini hari Jumaat. Hari yang mulia. Rasa tenang je.. Aku balik umah sekejap je.
Kenapa tajuk aku macam tu?
aku rasa macam nak menaip apa sahaja. Ceh kunun nak taip lelaju la tu ! Padahal sama je speed typing aku. Tak ada yang berubah kelajuan maksimum pun. haha.
Okay , apa kata aku cerita pasal study aku.
kalau nak diikutkann minggu ni baru habis minggu ke-4 aku kat Uitm .
Jujur aku kata aku suka gila belajar kat sini. Bukan kerana belajar di bandar. Tak langsung. Aku suka sebab ini adalah impian cara pembelajaran aku. Student yang ramai, sesak sana sini, Belajar yang tak direct je, jumpa ramai orang..Perghh itu gembira kot nak harunginya..
Tak tak..aku tipu ! itu semua dusta. Dalam aku suka belajar kat sana sebenarnya ada benda yang aku tak suka.
Aku tak suka perjalanan pulang ke rumah sewa. mungkin sebab aku rasa tambang bas seringgit tu tak bebaloi dengan jarak perjalanan rumah sewa-fak.
kalau camtu kenapa ko tak berjalan kaki je balik uma ayuton??
oh sebab aku malas. tapi aku ada terfikir gak nak berjalan kaki. dapat la aku tengok keadaan SA yang sesak ni. Janji aku tak terperangkap dalam jammed.
Aku buat benda ni pun terbengkalai. apa daa. aku out.
Minggu depan akan bermulanya lah satu rutin harian yang baru untuk kami pelajar Penerapan Uitm.
Lokasi aku seterusnya untuk menuntut ilmu adalah di Uitm Shah Alam. Wah dapat dekat tau.
Dalam minda aku ni dah imagine macam macam. Sebelum ni setiap kali tengok drama kan, budak budak belajar ni macam best je. Lagi lagi kolej swasta. Boleh pakai baju biasa je (yela, kan time zaman sekolah pakai baju lima hari seminggu yang sama je) mesti best bawak beg tak la berat mana aku tengok. beg sandang then dengan file dia pegang. ada yang lagi sempoi aku tengok lenggang kangkung je. Ni nak belajar ke nak apa?
Lagi plak waktu belajar dia macam tak direct waktu pembelajaran di sekolah. Bayangkan la,pepagi dah masuk kelas pastu direct sampai rest setengah jam. Pastu sambung balik.Ah dapat pulak subjek kimia dan fizik yang paling aku cintai.Memang tak lah ! haa lagi satu subjek Kejuruteraan Awam.(oh ngantok...zzz)
Zaman persekolahan memang berbeza dengan belajar kat U. (eh asal aku mengingati waktu nakal2 kat sekolah ni. Dah lama kott masa berlalu. 4tahun..Tapi siyes aku rindu detik itu..)
S E T E L A H...
Ala, tak ada la teruja mana . Lagi pulak kampus aku terlampau Metropolitan Kat Perlis tu. Setakat lenggang kangkung pergi kelas ??Tak payah weyh, lenggang bayam pun boleh. Kelas start kol 830, ngam ngam 830 baru gerak. sebab apa? Sebab hostel kitorang memang mengadap kelas kuliah. So jalan kaki je seminit dua dah sampai. Lecturer pulak yang menunggu Anak murid. Apa cer kau Ayuton??
Masa belajar yang tak sedirect kat sekolah? Memang best la..Kelas baru 2jam rehat sampai 4 jam. pastu baru ada kelas lagi..Tapi memang waktu belajar kat U lain. Ada sampai lewat petang.Aku terfikir kenapa 530 ada kelas lagi sampai petang kol 630 baru kelas tamat? Ingat student ni boleh fokus di waktu angin sepoi sepoi bahasa, membuai mata untuk beradu. Memang siapa yang lalu lalang menjadi perhatian la. Dah itu lagi menarik dari apa yang diajar di hadapan kelas. Come on la. Beku hidung ngadap papan putih tu lelama.Mana eh nak mengadu ?ada tak biro untuk ayuton mengadu gedik?
Makan..Yup bab makan aku rasa okay je kot kat 'kota' itu. Bedal je la apa yang ada. Paling aku suka time RAmadhan. Ada bazar kat tapak bustop. Benda wajib aku rasa even sekali pun adalah SOMTAM.
Sebenarnya apa pun keadaan yang berlaku adalah terpulang kepada diri kita. Apa yang kita nak itu lah kita.
Eventhough ko belajar ceruk mana pun asalkan niat kau untuk tuntut ilmu, Insya Allah akan dipermudahkan jalan untuk kau. Apa kau fikir hebat sangat ke belajar kat bandar besar? Iman kena kuat, banyak sangat godaan..Duet pun laju je kua.
Doa aku yang bakal belajar di Shah Alam,
Semoga aku berjimat cermat.
Jangan main-main
Ingat apa niat asal aku kat situ.
Beringat sebelum terkena.
Jangan salah pilih kawan yang bisa menghanyutkan kita
So guys, this entry actly aku nak cakap S E L AM A T belajar L A G I n___o*
Sekian ;))
Friday, 26 August 2011
Salam
Hari ini macam aku rasa lega gila. Beberapa hari ini aku runsing memikirkan hal yang satu tu.
Gila tak gila, aku nak jadi isteri orang dalam umur 21 tahun. Memang la jodoh tu kita tak tahu bila ia muncul dan dengan siapa,tapi aku tak ready lagi. Banyak kekurangan diri.
Dengan masak tak tahu.Nak kasi makan apa ....
Dengan nak uruskan rumahtangga lagi..Diri sendiri pun tak terurus..
Dengan nak pergi kelas lagi..Aku nak belajar okay..Jasa mak abah pun tak terbalas.Ni dah nak cabut dari keluarga..
Aku percaya,Jodoh ajal dan pertemuan dah tertulis di Luh Mahfuz. Siapa pun dia aku terima seadanya.
Ya Allah bantulah aku meleraikan ikatan yang tersimpul ni.
Berikanlah aku petunjuk Mu ,Ya Allah.
Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui segala - galanya.
Hanya kepada-Mu ku berserah....
Harini kitorang yang dah deal nak menyewa rumah di Seksyen 7 Shah Alam berkumpul dalam pukul 9 pagi .
Owner datang dari Melaka, so kena la datang bayar deposit dan terima kunci rumah.
Aku datang lewat sikit dengan Mak Abah . Sebab mencari gak la tempat tu.
Kalau nak di ikutkan senang je, tapi bila dah masuk Seksyen lain nak patah balik cari Sek.7 memang tak la nak cepat.
So kami terlewat temujanji. Tapi tak apa, syukur sampai juga ke rumah yang bakal aku duduki sepanjang pengajianku di Uitm Shah Alam.
Nampaknya Azie dah sampai dulu dengan Zeti . Kitorang pun settlekan pasal deposit dan stampling mende entah. Total semua dia amek 3bulan sewa+1/2 bulan. Makan 3 riban jugak apa.. Gila Mahal gak la.Aku pun tak tahu sangat dunia menyewa ni macam mana.Kenapa Deposit mahal sangat. Rupanya nanti dia pulangkan bila kita nak keluar dari situ OOOoo..
So kitorang pun memulakan la tugas mencuci rumah. Syok oo maen air.. Aku amek tender Mencuci Jamban..Heehe. Suka pulak aku cuci . Tapi layan je la. Bukan susah pun. Dapat main air.. weee ;)
Selesai je semua, dalam pukul 1pm camtu, aku gerak balik dulu sebab mak dengan abah tak naik atas. Al maklum la mak aku tu tak kuat sangat kaki nak naek atas. Mungkin waktu aku pindah bulan depan baru dia gagahkan juga la kaki tu mendaki tangga.Oh Pengorbanan..
So far, memang okay tempat tu. Dekat Pusat Komersial, memang BEST la.. HAHA.. AYuton, Behave okay...Ingat Pesanan Emak Abah..
"Baek baek duduk bandar ni.."
"Jangan tak tentu hala..."
"Hati hati..."
"Bandar ni kakak. Elok elok la duduk sini.."
Insya Allah, dengan teguran rakan rakan dan Family aku harap hati aku berpaksi pada jalan yang di Redhai..Aminn
**Uissshh, tak sabar nak jalani hidup sebagai Pelajar yang penuh cabaran dan realiti hidup belajar sebenar..Huhu
Okay, ayuton ada nak buat sedikit perubahan.
Mungkin ini adalah cara yang betul tanpa perlu berlindung siapakah yang berkata kata disebalik pena ini.
Jadilah diri sendiri.
Ya itu adalah motto yang sangat bagus untuk owner site ni.
Jadi mari kita bertukar menjadi yang real .
So saya AYuton Comel.. Whhaaaattt??? (fanatic of Minions)
Aku pernah baca entry ini.
Awal awal aku baca memang aku setuju dengan blogger tu.
Perempuan pakai legging di khalayak ramai memang nampak susuk tubuh yang mengliurkan.
Aku sebagai perempuan pun terasa WOW apa entah lagi lelaki di luar sana.
Senang senang je dapat dosa kering.
Tapi kan , bila kali kedua aku baca aku rasa lain .
Ibarat macam Penghinaan bagi seorang wanita.
Benar itu suatu teguran,tapi Tolonglah dengan cara yang betul.
Gambar gambar yang digunakan tu pasti tuan punya badan tak tahu.
Mesti kau nak cakap "biar lantak la. Siapa suruh tayang.Memang tempah maut la kau."
Tak baik camtu. Banyak lagi cara nak menegur,nak mendidik. Hati wanita ni lembut.
Tetapi kepada WANITA ISLAM diluar sana, takkan dah baca entry tu korang boleh senyap je.
Tak terasa ke kat batang hidung korang. Orang dah mengata perempuan. siap maki lagi.
Lelaki ni depan kata"OH tak pe" tapi kat belakang dia kutuk kawkaw tau.
Takpayah la nak pakai legging diluar rumah. AKu bukan nak tujukan kepada sipulan binti sipulan. Ini juga teguran untuk diri aku sendiri. Kita ni mudah leka. Terlampau nak ikut orang. Orang tu nampak cantik, kita pun nak jugak. Sampaikan tak kisah seandainya tubuh badan dilihat orang dengan DOUBLE meaning.
Kepada wanita Islam dan juga diriku, jaga penampilan dirimu. Cantik luar tak semestinya cantik dalam.
Binalah kecantikan dalaman kita agar terserlah kecantikan luaran.
Wallahu alam.
okay, belajar pasal:
labels. ko tulis je pun boleh.
location: di mana lokasi kita post .
jump break tu entah apa apa. macam dia suruh buat "read more...".ah biar lah!
okay, dia kata boleh"You may upload multiple files at once. Use JPG, GIF or PNG files.".Tetapi, nak masukkan kat post kena select satu satu. Okay,itu pembelajaran basic.
okay, aku sebenarnya berfikir juga apa function aku buat benda ni kan.adakan kerana aku terpengaruh dengan kawan kawan yang ada blog atau aku ingin mencuba?kalau nak kata mencuba lama dah aku ada blog.
tapi langsung tak aktif.sebab apa entah. ha aku tahu , sebab aku tak ada broadband yang boleh ngadap laptop berjam jam.
sekarang dah boleh kerana aku dah duduk rumah tanpa berbuat apa apa.jadi apa kata aku luahkan isi limpa kat sini.okay jugak kan.