BAGAIMANA MAHU BUKA SEBUAH BLOG.
Untuk mencipta sesuatu blog yang hebat adakah anda memerlukan teknologi yang terkini seperti:
1. Kamera DSLR
2. Handphone mahal mahal seperti BlackBerry, Ipad, Ipod ..
3. Kena pandai menggunakan Adobe Photoshop untuk edit gambar.
4. Layout yang SUPER the BOOM! Kalau orang tengok.
5. Attract People supaya follow korang reramai.
6. Pandai berkata kata
7. Post gempak gempak kasi Hot supaya orang tak BOSAN.
8. Buat Kontrovesi yang orang akan jejak page korang.
Bagi aku tu semua tak penting. Ada kata orang buat blog ni sebab nak kejar FULUS semata mata $$*checheng checheng
Yang penting niat kita nak apa . Bukan kah sesuatu perbuatan kita bergantung pada niat. Contohnya korang berjalan sebab nak ke sesuatu tempat. Niat di situ untuk bergerak kan.* contoh tak berkaitan
Hahaha.
Senang cerita aku nak cakap Apa tujuan korang nak berbLog ni?
Adakah kerana :
1. ikut Trend kengkawan yang kenbanyakannya ada blog. Nak Try gak apa rasa ada Blog ni.
2. Ini bisnes ma, pintu rezeki cari makan sesuap nasi untuk keluarga.
3. Ini luahan rasa , nak cakap payah tak ada orang faham isi hati limpa hempedu korang tu. Jadi dengan blog korang dapat lah release tension semua bebanan tu.*kononnya.
4. Saje je nak ada account blog, pastu nak comment kat blog orang . Sengaja nak cari gaduh biar blogger tu berapi.kahkahkah.* ada gak ke orang camni
5. Isi tak ada, hanya nak ada pengalaman buat blog. Jadi bila kawan Tanya cakap lah yang aku ada blog, siapa kata aku tak ada blog. Cuma sekarang dah tak aktif.. *so apa point diwujudkan.
6. Aku nak gak jadi femes, orang kenal siapa empunya blog yang paling vogue ni. Paling koman pun Followers aku mesti cecah satu riban *Perghhh Impian..
Jadi , untuk Buat Blog ni mana satukah jawapan anda?