Minggu depan akan bermulanya lah satu rutin harian yang baru untuk kami pelajar Penerapan Uitm.
Lokasi aku seterusnya untuk menuntut ilmu adalah di Uitm Shah Alam.
Dalam minda aku ni dah imagine macam macam. Sebelum ni setiap kali tengok drama kan, budak budak belajar ni macam best je. Lagi lagi kolej swasta. Boleh pakai baju biasa je (yela, kan time zaman sekolah pakai baju lima hari seminggu yang sama je) mesti best bawak beg tak la berat mana aku tengok. beg sandang then dengan file dia pegang. ada yang lagi sempoi aku tengok lenggang kangkung je.
Lagi plak waktu belajar dia macam tak direct waktu pembelajaran di sekolah. Bayangkan la,pepagi dah masuk kelas pastu direct sampai rest setengah jam. Pastu sambung balik.Ah dapat pulak subjek kimia dan fizik yang paling aku cintai.Memang tak lah ! haa lagi satu subjek Kejuruteraan Awam.(oh ngantok...zzz)
Zaman persekolahan memang berbeza dengan belajar kat U. (eh asal aku mengingati waktu nakal2 kat sekolah ni. Dah lama kott masa berlalu. 4tahun..Tapi siyes aku rindu detik itu..)
S E T E L A H...
Ala, tak ada la teruja mana . Lagi pulak kampus aku terlampau Metropolitan Kat Perlis tu. Setakat lenggang kangkung pergi kelas ??Tak payah weyh, lenggang bayam pun boleh. Kelas start kol 830, ngam ngam 830 baru gerak. sebab apa? Sebab hostel kitorang memang mengadap kelas kuliah. So jalan kaki je seminit dua dah sampai. Lecturer pulak yang menunggu Anak murid. Apa cer kau Ayuton??
Masa belajar yang tak sedirect kat sekolah? Memang best la..Kelas baru 2jam rehat sampai 4 jam. pastu baru ada kelas lagi..Tapi memang waktu belajar kat U lain. Ada sampai lewat petang.Aku terfikir kenapa 530 ada kelas lagi sampai petang kol 630 baru kelas tamat? Ingat student ni boleh fokus di waktu angin sepoi sepoi bahasa, membuai mata untuk beradu. Memang siapa yang lalu lalang menjadi perhatian la. Dah itu lagi menarik dari apa yang diajar di hadapan kelas. Come on la. Beku hidung ngadap papan putih tu lelama.Mana eh nak mengadu ?ada tak biro untuk ayuton mengadu gedik?
Makan..Yup bab makan aku rasa okay je kot kat 'kota' itu. Bedal je la apa yang ada. Paling aku suka time RAmadhan. Ada bazar kat tapak bustop. Benda wajib aku rasa even sekali pun adalah SOMTAM.
Sebenarnya apa pun keadaan yang berlaku adalah terpulang kepada diri kita. Apa yang kita nak itu lah kita.
Eventhough ko belajar ceruk mana pun asalkan niat kau untuk tuntut ilmu, Insya Allah akan dipermudahkan jalan untuk kau. Apa kau fikir hebat sangat ke belajar kat bandar besar? Iman kena kuat, banyak sangat godaan..Duet pun laju je kua.
Doa aku yang bakal belajar di Shah Alam,
- Semoga aku berjimat cermat.
- Jangan main-main
- Ingat apa niat asal aku kat situ.
- Beringat sebelum terkena.
- Jangan salah pilih kawan yang bisa menghanyutkan kita
So guys, this entry actly aku nak cakap S E L AM A T belajar L A G I n___o*
Sekian ;))

No comments:
Post a Comment
comment la..